Isnin, 28 Jun 2010

Cabutan Bertuah Happy Father’s Day


first time nak join contest
amoi ngan en somi..takat tu aje la kalau amoi main air...x berbaloi kalau nak g waktu skang cos amoi still takut nak main air..masa ni kat tiara beach, family day opis...tunggu amoi besar & brani baru nak g...leh menang ke ni? he he doa tau en somi...adih tu kalau dapat nak bagi kat en somi ni...

pd & gemenchih

sabtu & ahad yg lepas & lepas...he he 2 minggu lepas sbenarnya...along ajak g pd...ok gak nak release tension..pi main2 air jek...



penat aku meng adjust...amoi ni tengah sibuk main cd en somi...hero tomei pulak nak tido..cam ni le gambo hasil tangkapan sendiri...belangsir bagai dlm keta ni...



amoi x nak x pe...kite dua ajela yg posing...



renungan di kejauhan...ha ha ha...amoi takut nak main air, tengok dari jauh je...menjerit2 takut...en somi pulak lapar...sampai2 nak makan ...ye la x sempat nak makan cekodok yg aku buat..nak cepat, tapi sampai lambat gak sampai...khemah ni sewa satu rm 5...line yg ni, line yg depan tu mmg kena ombak, so x bape slesa kalau ramai2 ni...




hero tomei ngan kak long mira...anak buah aku yg 1st...elok la tu, hero tomei cucu yg last(wat masa skang).. kemain hepi lagi result sem ni dapat dl..kecian ibu dia kena tipu..ibu kata"kalau along dpat 3 above, ibu bagi hp nokia baru(latest kot)"...skali tu result ter ok pulak.. ha ha amek..sila ke kedai hp la nampaknya...err stokin tu turun temurun ye...



hero tomei ni mmg suke kat kak long mira & ibu dia...aku tengah pujuk along jaga hero tomei ni...benti la along...jagala anak aku ni...benti la along...jagala anak aku ni..(ulang 44x)..amin..




ni si kakaknya...hemmm tengah makan super ring sensorang...abes ok satu peket besar..en somi la g beli...amoi ni pantang nampak mende2 camni...kalau balik sg jerneh, mmg x makan nasik pun x pe...jajan, jajan & jajan...ni amaran tau en somi...jgn beli lagi, nanti sume jadik oren!..
aku mula stress bila amoi da start baling2 pasir kat aku & jiran sbelah...huii geram..en somi pulak tgh jaga bebudak, sama2 berendam...amoi ni bukan nak dengar cakap...aku pun suh en somi naik & mandikan amoi...alhamdulillah 2 montet ni x demam...cuaca mmg panas tapi sedap sungguh skali sekala beralih angin kan..
hari ahad pulak, pagi2 da siap2 nak gerak ke gemenchih...anak mak lang, si ina kawen...umur aku x jauh beza tapi kami mmg x rapat langsung...mungkin ina ni jarang balik sg jerneh...beza ngan spupu aku yg len, intan & cheetah...haa puan cheetah, bila nak tambah satu lagi?



sominya org cina...tiba abah call suh sume balik...mmg yg nampak ramai cam sedara mara aku jugak..aku nak sangat pegi sebab aku kesian kat maklang ni...aku x jumpa lagi org setabah dia...mula2 jaga arwah suami, pastu anak yg tua, arwah kak jamaliah & yg terakhir arwah nenek...dia x merungut apa pun masa jaga arwah nenek...cuma x bole nak tinggal rumah lama2...kawasan ni mmg rumah jauh2 & banyak pencuri..semoga hidup mak lang di permudahkan..amin
masa ni aku rasa yg kecoh, pak andamnya...hu hu mulut x hengat..
bila anak dua ni...aku akan patah kaki kalau en somi x ada...x mampu aku nak kejar si amoi bila tengah dukung hero tomei..soo en somi kena ingat...aku bukan x bagi en somi layan hobi @ kije malam...tapi kena la bagi aku prepare mental & fizikal...

Jumaat, 25 Jun 2010

tempat harta karun amoi

smalam amoi telah membermain-mainkan pas kije ku yg amat klasik(da tukar warna kunin nih)..masa nak naik atas ngan hero tomei, baru aku tingat amoi ada main pas...

en somi--x pe nanti abang carik

pagi ni, aku check , pas xde dlm hand bag klasik(klasik gak..hu hu)..en somi x carik ropernya...mana aku nak carik ni...selak kat bakul mainan yg 2 gunung ni...alamak banyak nih...& aku telah berfikir secara intelek..he he amek nama opis...biasanya amoi akan letak kat sini..




keta kontot ni yg da x da penyandar...



haa...tengok...hasil keintelektualan fikiran ku..baca btul2...
mmg biasa kalau mende ilang...ni le tempat aku & en somi carik...masa ni hero tomei tengok aku amek gambo...pelik agaknya tengok ibu da jadik photografer sesubuh adam nih...

oh penjerat chenta



ini adalah hasil tangkapan beberapa minggu yg lalu..lokasi kat flyover sblm tol bt 11 cheras...buat pertama kali dulu, en somi terkena skali...alamak!!! itu je yg dapat cakap...tunggu je kalau dapat sorat chenta...hu hu...tapi stakat ni blum dapat pape lagi

then en somi xtra careful bila smpai je kat sini...sila alert sekiranya laluan sbelah asik highbeam...& aku akan get ready ngan camera hp...en somi kata nampak ke?hesh mesti le nampak..kalau click kat gambo tuh...eke ke

pandai aje nyorok kat situ...masa ni ada le satria laju lebih 100km...ok senyum..! nanti surat chenta sampai ye..

Jumaat, 18 Jun 2010

Renungan bersama

Untuk renungan kite bersama:

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknyaterbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?"
Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang.."
Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,"
pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.

Seketika kemudianterdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutuppaip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?"
sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minumye.Mama dah siapkan kat taman."
Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi."
Rungutnya sekalipun di hatikecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali.Diamenarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuhsuara anak-anak dan wajah isterinya."Laila-"
Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


"Saya nak ke out station minggu depan.""Lama?" Soal Laila..
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .Tengokmasa kat Legacy dulu tu-"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusahamemujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta gantirugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangatSabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anakterlompat riang sebaik kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka.Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.."
"Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"

Dia tersentak dari khayalannya.
"Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapamertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!"
Panggil ibunya yang datangmenemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!"
Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilangselera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"
Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain.. Lailamenjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kitatolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kaunanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju.
"Kalau tak suka pulangkan!"
Dia rasa terhukum.Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?"
Soal Aiman sebaik dia pulang darioutstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itumengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antaraperbualan kedua ibu bapanya.Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya."

Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam peluk kannya.Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan"
Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni."
Laila menyuruh anak-anaknya bermain dihalaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celakabetul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja.

Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikitpengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Longbalik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.." Alangkahmudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

"Laila-"
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambilmenjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangilagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untukstaff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.
"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."
"Mama tanya sikit boleh?" Diamengangguk
"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,"ujarMr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli denganperkelahian.
"Kamu semua ni....kalau macam ni daripada ada elok tak ada.Menyusahkan! "
Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidakdijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

"Kalau tak suka pulangkan,"Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Dihalaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi dibilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana...
Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila-

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandanganharganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Selasa, 15 Jun 2010

mandi

topik ari ni adalah saya adalah bekas mandian ...saya di letak di atas rak di shopping complex jaya jusco. suatu hari seorang perempuan mengandung telah membelek2 saya (walaupun saya da banyak kali kena belek tapi pompuan ni cute--ha ha) & seraya berkata "bang ada diskaun la, boleh la amek.." oo..nak beli aku tunggu diskaun ye..
aku telah di bawa pulang & x lama selepas itu aku telah berkhidmat kepada tuan kecik seperti di bawah & di bawah ini...tapi nampak gaya aku seperti tidak dapat memuat kan badan tuan kecik kedua...kerana tuan kecik kedua agak panjang & ganas...
buat pengetahuan semua, aku masih lagi berkhidmat kepada tuan kecik kedua...tuan ku kata, khidmat aku akan digunakan selagi aku tidak mengalami kecederaan parah...ha ha pakai sampai mati okehh
raid da pandai duduk??? he he no no no...ini amoi...masa ni da tau sronok nak main air


yg ni baru raid...tengok..panjang kan...aku kena berhati2, takut terhantuk kepala...bukan bole dok diam nih...


tegaknya pale hero tomei ni...serius nya muka...

kritikan LBS part 1

ari jumaat aritu, dgn x semena2 aku telah telah terjebak menonton lagenda budak setan kat times square...he he...padahal en somi da pesan jangan pegi mana2 nanti penat,dia nak g main badminton...ape klass badminton masa musim bola kann...baik tengok bola..kan..kan(ayat bodek mintak dok umah)
kali terakhir tengok wayang ngan en somi adalah taun lepas..hu hu staun skali je jejak kaki kat panggung nih..so sedikit teruja la nampaknya..aku mengharapkan filem ni mampu membuat aku nak beli dvd nya...
sinopsis sume da taukan...aku nak komen mengikut pandangan aku ajer tau
farid kamil-bagi watak ni, kira ok jugak la..tapi aku rasa untuk jadik pelajar farid nampak berumur...mungkin watak ni patut bagi pada wajah yg muda skit ke...penghayatan pun ok...
lisa surihani-ooo...suker kat dia ni...lakonan dia ni pun ok...aku suka masa dia berdua kat bukit..so sweet...memek muka masa bergaduh dengan azmi pun agak menjadik...
raja farah-aku x pastilah citer ape yg buat lakonan dia ni nampak real...memek muka kurang perasaan...& dia nampak tua dari usia sebenar..ooppss
fazura-dia ni mmg ok..kalau dia yg couple ngan kasya mmg ok...walaupun scene dia x banyak tapi impaknya mmg ada...lakonan yg bersahaja, klakar & sedih...mmg menjadik...patutnya watak dia yg dikembangkan lagi
keseluruhan citer, laju sangat & terlampau banyak perkara yg nak di fokuskan...x sempat aku nak feel da masuk pasal mende len...sepatutnya penulis skrip ni kena hadkan peristiwa2 penting...permulaan da ok, tapi klimaks banyak tapi x da impak...& yg klakar, si ayu bersalin nak kena vakum, dokter suh kasya kuar...alahai buatla research dulu...sedangkan bedah pun bole masuk inikan pulak vakum...lepas tu dokter jumpa kat bilik baby nak bagitau...kan elok bagitau kat luar bilik bersalin & kasya trus masuk tengok ayu...
babak kasya prasan bosnya macam ayu pun x banyak...aku rasa kalau part ni di tambah pun ok...mungkin penonton macam aku akan rasa terharu bila kasya masih ingat segala2nya mengenai ayu...
babak akhir tu agak menyentuh skit bila azmi datang & nampak kasya dengan babynya...walaupun azmi jahat prangai tapi hati dia tetap ngan ayu...tapi jahat jugak la kan..
apapun utk filem ni aku just kata xkan beli dvd nya...x cukup kuat nak buat aku teringat2..bukan sebab pelakon utama tapi skrip x cukup kuat...lokasi mmg cun...cantiknya tempat2 tu
ok sekian dari aku sbg pengkritik x bertauliah

Selasa, 8 Jun 2010

kenangan di itm melaka

teringat masa blaja kat itm mlaka dulu...sbenarnya banyak gambo tapi cam x sesuai nak tepek kat sini...yela da jadik mak budak kan...rindunya kat room mate..expecially makcik kc, ija & ila...



gambo x clear

aku yg sbelah tudung merah...masa ni camping kesatria kat gunung datok, negeri sembilan...ni jalan masuk..bergambo dulu sebelum jalan kaki ye...tah bape km agaknya kena jalan...seronok, saja menggatal nak ikut..masa ni makcik kc & as jadik komander & incharge masa camping ni...aku, ija & zula ikut skali...kami je part 6, camping ni utk part 1 kot..emm da lupa la...



part yg paling best adalah, masa pasang khemah tu kami dimarahi sorang budak komander pompuan & kawannya yg bukan komander yg tumpang semangkuk...amboi lebih nampak...budak part 2 marah budak part 6 ye..masa ni kami sengih je..kuang ajaq budak ni...pastu kami ngadu kat kawan2 kami...salah buli org nampaknya...then dua2 datang mintak maaf...itula nak marah org pun tengok la dulu...kan da org x suka...



camping mmg best..ingat lagi aku ngan zula basuh beras kat sungai...aku tanya kat umah basuh beras bape kali? jawap zula 3x...kami pun basuh 3x..then as dari atas bukit da jerit...lamanya basuh beras...len kali kali kalau time camping camni basuh skali cukup...mana kami tau...tapi x de len kali..nile kali terakhir bercamping...





ni pulak masa aku part 1...malam dinner blok dang anum...buat kat dewan makan je..persembahan pupet...aku kat mana ye? yg sluar merah tu le tangan aku...mmg klakar..so kami menang persembahan malam tu...penat berlatih, x de skrip pun tapi diorg ni mmg slamba..aku mampu jadik kaki je..he he...& kain putih ni sparuh adalah cadar aku...mana aku tau itm bukan macam asrama sekolah..along iye2 jahit kan cadar...tup2 masa pasang cadar kat dorm, org len punya le warna warni, aku cam budak sekolah pulak...sib baik ada yg seangkatan ngan aku... budak yg berbaju kuning tu da meninggal, arwah sabrina...





ni pulak kat bilik kami..inile room mate aku dari part 1 smpai part 6...masa ni ada pijama party..baju aku tu makcik kc punyer...tiap2 akhir sem biasanya ada je level buat sumthing...biasanya ada makan2 & main2 macam baling belon air...& terjadik le kes baling kena tv..trus tv rusak..tapi bukan aku & the gang le...


sronok nya masa zaman blaja..x da tanggung jawab len slain blaja & blaja...tiap awal sem soklan penting..."ada repeat paper x?" hik hik...org macam aku biasa la..msti ada..aku pun x taula...amek dia, bole kantoi acc 1 masa part 1...tu la org blaja ko tido...kan da kantoi...

soal jodoh..cuma ila yg kawen ngan partner dia...lupa la aku nama timangan laki dia ni..tapi kes cam aku..eh! same lak citernya ye...kawan become somi...dari part 1 berkawan...ingat lagi masa abes sem, nak balik umah...kawan(somi) si ila ni tunggu punya la lame kat padang tepi masjid kat dang anum tu, nak balik sama ngan ila ni...penat room mate cakap ngan ila yg budak tu panggil...tapi ila kata ala biarla...nanti aku pegi la...last2 budak tu nekad nak g dorm...cepat2 ila g tahan...tu la suka lagi siap lambat2...

banyak kali jugak aku review blog pasal itm mlaka jaman aku, tapi x banyak..apa yg aku tau dang anum da jadik blok budak lelaki...emm sayangnya..dulu blok ni agak privasi cos satu2nya blok yg terpisah dari blok pompuan yg len...kalau ari jumaat tu, bole intai budak lelaki g smayang jumaat...hu hu gatainya...ikut logik, masa ni le kita tau budak mana yg datang awal @ x datang langsung....
kalau dating2 ni biasa la tapi x dengar pun pasal tangkap basah..kes lg besar ada la, kes branak kat bilik kalau x silap aku...tapi ramai xmo bukak mulut...tau2 da ada ambulan..
masa part 1, x ingat sama da sambutan hr merdeka @ menang bola, budak lelaki berkonvoi satu itm..ada yg dok kat bonet blakang pegang bendera...cukup 2 round, ada keta peronda follow..hu hu x pasal2 ada escot...tah kena tindakan kot mana yg dapat di tangkap...kes pengharaman mercun...ada pulak masa tengah pengguguman pegawai hep kat masjid pasal "jgn main mercun" time tu gak budak lelaki ni g bakar mercun...nak tunjuk konfrontasi la kot...nak tau mana datang stok?diaorg letak dlm lori yg hantar barang2 kat dewan makan..so brilliant otak budak2 ni..
nak citer mmg banyak..& banyak yg aku da lupe...lagi satu, tilam kat bilik mmg best...tu yg malas nak bangun g klass...x penah lagi aku jumpa kat kedai yg jual tilam gini...berat gile...kalau klass kul 8, liat tul nak bangun...kalau klass kul 2 ptg, kul 1.45 la nak smayang & siap2..just 5 minit je dari bilik nak lalu tasek, naik tangga & daki tangga kat ba(bangunan akademik)..
apa pun sume ada pengalaman masing2...

masa sekolah dolu


teringat pulak zaman sekolah dolu2....rasa2 aku yg mana? da tentu yg macam gagah tu..hik2 x da mana gagah pun...masa form 4...masuk silat gayung, cukup sampai tali putih jer...pastu masa form 5, konon nak concentrate kat spm le...tapi sbenar aku malas...da le partner sparing x de...bila da dapat partner, dua dua pun malas...yg best masa ni, aku kurus loh...kan en somi kan..hik hik..

tomei da pandai meniarap

tengok...masa nak snap tetiba ada je si amoi ni...tomei ni da pandai meniarap...sampai tido pun malam pun meniarap...terpaksala aku tido betul2 sbelah tomei ni...bukan ape, takut x larat angkat pale je dia nih...okeys, x lame lagi kije aku da tambah satu part lagi...kena lebih perati kat tomei





amboi posing yer...masa da masuk keta, amoi main tingkap..tiba2 tersepit...terkejut aku...kecian kat amoi...bertanda 2 jari..nasib baik x kena kuku...petang tu demam pulak..cepat2 mandikan & bagi ubat..alhamdulillah suhu turun...cuma batuk nya masih kuat...mana taknya, bukak peti ais nak air juk...



tomei wat pe tu?...tangan x lepas nak angkat badan..buat masa skang ni aku malas nak jalan naik keta lama2..si tomei x bape suka...asik ngamuk je...x slesa kot...kalau kat umah senang, jadual tido dia x kacau...

Jumaat, 4 Jun 2010

tomei-tomeiku

hai tawan2...aku baru abes peksa tende...penat toksah kata..6 ari bekerja baru abes buat...& arini baru aku dapat duduk ngan selesa kat tempat aku nih...

ni sume gambo masa balik kg minggu lepas




tengok ini amoi...feberet landing skang...mula2 suka buat kat aku masa aku dok sibuk ngan si raid..terkini mangsanya en somi le...bestkan, ruang lagi besar dari ibukan..!!



emmm...macam paham je

skang tengok pelbagai aksi my little boy pulak


























ala...tomei-tomei....leher da makin kuat...kalau pegang tu asik nak berdiri je..duduk x mo sangat..pastu kalau di dirikan, pale tu pandang kiri kanan..kiri kanan...x benti..penin pulak aku...bila masa cuti, susah betul nak bagi susu botol...nak jugak breastfeed...soo aku cuba sedaya upaya x miss makan spy susu aku dapat kenyangkan mudak tomei ini..alhamdulillah, jarang aku buat susu waktu malam...sooo duit susu masih bole jimat...
td g uo jap beli adiah wat spupu(anak pakcik), esok ari kawennya...tapi di sebabkan aku x rapat & namanya pun aku lupe(errr x penah sebut) hish teruk tul kan...he he...main pilih ajela..kakak2 aku da sah2 bagi duit nyer....coti ni aku nak brehat..bole x en somi? eke ke...