Jumaat, 15 Jun 2012

al-fatihah untuk stone

sebelum ni aku pernah citer kawan en somi ni..start dr berkawan dan sakit..masa dia masuk hospital aritu, baru je aku tanya bila en somi nak melawat..nampak macam teruk pulak kali ni..ikutkan en somi nk lawat ari isnin sebab sabtu tu balik melaka, ade org kawen..then dpt tau dia masuk icu pulak..ari isnin tu, dpt pulak berita yg dia da meninggal..

termenung en somi..x sempat nk melawat pun masa dia admit hospital..mmg ramai yg da sedia maklum yg condition stone atau nama sebenar tajul ashikin ni da teruk..cuma x aspect yg hayatnya da x panjang..sepanjang en somi berkawan dgn dia, dan apa yg aku nampak..arwah hidupnya agak susah..bayang kan kadang2 da xde duit tu, sama ada makan twisties 30posen tu @ kebetulan en somi cal & tanya da makan ke belum..

klu search stone silent death dekat google, banyak gambarnya..pernah menempa zaman kegemilangan...tapi dulu2 x di dedahkan dengan hak copyright kan..

terfikir lama jugak aku bila pemergiannya bersendiri..tiada adik beradik di sisinya ketika itu..ibu bapa tlh tiada dan dia ni pun masih bujang...

terasa yg aku masih bertuah di anugerahkan keluarga sendiri, adik beradik & mak serta mak mertua..rasa sangat2 bersyukur hidup sederhana tapi bahagia..pahatkan dalam hati bahawa jgn bersifat tamak..pahatkan dalam hati sentiasa bersyukur dengan rezeki yg aku dapat setiap hari...dan pahatkan dalam hati yg bila2 masa aku ini akan kembali..

2 ulasan:

  1. rasa-rasanya arwah x meninggal keseorangan

    BalasPadam
  2. ...al-fatihah utk sahabat baikku, arwah tajul aashikin (stone). sememangnya allahyarham tidak 'mati senyap'...

    BalasPadam