Isnin, 13 Oktober 2014

mudah mudahan kekal kita bersama

 
 
bersawang lagi nampaknya...
 
menguruskan 3 anak mmg kadangkala menguji..tp itulah bahagianya..kalau tiada siapa yg nk di urus pasti hidup rasa kosong...aku telah melaluinya sblm berjumpa en somi..hidup rasa tersangat kosong..walau ada keluarga dan arwah inah yang kurang sihat..tetap rasa kosong..
 
melihat kawan2 sepengajian, sepersekolahan, sepejabat..satu persatu ke alam perkahwinan &happy .. Alhamdulillah..segala ketentuan Allah..lambat atau cepat..soal jodoh, anak..ramai yg suka Tanya..semuanya rahsia Allah...tapi rasanya x pernah lagi org Tanya bila nak mati? kan..jawapannya tetap sama..semua rahsia Allah..yang penting kita harus berusaha .. usaha untuk masuk syurga...membawa semua ahli keluarga kita masuk syurga...
 
 
copy paste dari email tahun 2010
 
 
 
 

LALUAN MENUJU KE KUBUR

Bagaimana memudahkannya?

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

Bagaimana memudahkannya?

a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

Bagaimana memudahkannya?

a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati


LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

Bagaimana memudahkannya?

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

Bagaimana memudahkannya?

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM

Bagaimana memudahkannya?

a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

Bagaimana memudahkannya?

a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram


LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

Bagaimana memudahkannya?

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH


LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W

Bagaimana memudahkannya?

a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W


LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

Bagaimana memudahkannya?

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya
 
 
 
jadikanlah kami ahli syurga  Mu ya Allah...
 

 
cinta hati ibu 
 
 
 
 
 
ibu sayang kamu..

 
hero-hero kesayangan
 
 

 
 
cinta ku dunia akhirat..semoga takkan terpisah..
 
 
-luv my family-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan